﷽ RENUNGAN PAGI*
๐๐๐ธ๐๐๐๐ธ๐๐
*﷽ RENUNGAN PAGI*
๐Garam tak pernah nakal tapi selalu kena cubit.
๐Cili pula tak pernah cari pasal tapi selalu kena tumbuk.
๐Gula selalu duduk diam-diam tapi dia selalu kena kacau.
๐Begitulah kehidupan kita hari-hari. Penuh dengan Ujian..
๐Berlari dan berjalanlah kita dalam kehidupan ini untuk menuju ke destinasi kita masing-masing pada garis penamat yang kita pun tidak tahu.
๐Tetapi percayalah selagi mana kita bertawakkal kepada Allah kita akan mendapati kehidupan ini sangat luas dan jalan serta ruang untuk kita hidup itu ada di dalam pelbagai warna dan rupa selagi mana kita sentiasa berdoa khusyuk penuh pengharapan kepada Allah.
๐ Kepayahan, kesukaran dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini.
๐Ketika itu kehidupan ini akan di lihat dari dimensi yang berbeza yang hanya dapat difahami oleh sesiapa benar-benar bertawakkal.
๐Dalam kehidupan insan, tidak ada yang lebih bernilai melainkan apabila seorang hamba merasakan dirinya ini hamba.
๐๐ธ๐ธ๐๐๐๐ธ๐ธ๐
Komentar